ALOR SETAR: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) meminta kerajaan untuk menaikkan harga lantai padi dan benih padi serta menetapkan harga siling untuk beras putih import bagi mengatasi isu berkaitan beras.
Pengerusi LPP Datuk Mahfuz Omar berkata kenaikan harga lantai padi juga sebagai melindungi petani supaya pengilang beras tidak boleh membeli padi di bawah paras harga lantai ditetapkan.
Beliau berkata ia juga bagi mengelak ketidaktentuan dan manipulasi berterusan terhadap harga padi di pasaran tempatan yang seterusnya memberi kesan kepada harga dan bekalan beras.
"Kami di LPP melalui Majlis Penasihat Peladang yang membabitkan wakil-wakil kerajaan negeri dari setiap negeri telah membuat resolusi dan dah angkat kepada menteri untuk melihat masalah ini yang merupakan satu rantaian bermula dari benih, padi kepada beras.
"Kita mencadangkan harga lantai belian padi dinaikkan, harga lantai ini untuk melindungi petani, kilang tak boleh beli di bawah harga tersebut, iaitu harga untuk kehidupan dan keuntungan petani," katanya selepas merasmikan Program Jualan Agro MADANI Mega Raya LPP Kedah di sini semalam.
Selain itu, Mahfuz berkata pihaknya turut mencadangkan kerajaan supaya menetapkan harga siling bagi beras import untuk mengelakkan manipulasi beras dalam pasaran.
"Bila tak ada harga siling, ia akan menyebabkan pengilang-pengilang memanipulasi bekalan. Mereka salin beras tempatan untuk buat beras import, beras dicampur dan sebagainya, jadi kita minta adakan harga siling beras import," katanya.
Pada Oktober tahun lepas, kerajaan mengumumkan peningkatan harga lantai belian padi kepada RM1,300 satu tan berbanding RM1,200, kadar sejak 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024
Mahfuz (kiri) mengadakan acara 'happy hour' untuk jualan daging tempatan selepas majlis Perasmian Jualan Agromadani Mega Raya Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Kedah di Dataran Jalan Istana Lama, Alor Setar, 6 Apr 2024. --fotoBERNAMA
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
LPP cadang harga lantai belian padi dinaikkan
Kenaikan harga lantai padi juga sebagai melindungi petani supaya pengilang beras tidak boleh membeli padi di bawah paras ditetapkan.
Saman fitnah: Mahfuz diperintah bayar RM250,000 kepada Sanusi
Mahkamah Tinggi Alor Setar perintah Mahfuz Omar bayar ganti rugi RM250,000 bagi saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah.
Jualan Agro Madani: Buka peluang perkenal produk jenama Peladang
Menerusi Jualan Agro Madani ini juga pengguna memperolehi manfaat dengan kuasa beli yang mereka ada untuk mendapatkan barangan pada harga yang lebih rendah.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
[RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu
Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.
PRN: "Alor Mengkudu antara penyumbang tubuh kerajaan negeri baharu" - Mahfuz
Penyandang kerusi DUN Alor Mengkudu, Datuk Mahfuz Omar yakin kerusi yang sedang dipertahankan itu bakal menjadi salah satu penyumbang kepada pembentukan kerajaan negeri yang baharu di kedah.
Salahuddin ditidurkan, stabil selepas pembedahan - Saifuddin
Keadaan Salahuddin stabil selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak dan berada dalam pemantauan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB.
Salahuddin selamat jalani pembedahan
Timbalan Presiden Amanah itu telah dikeluarkan dari dewan bedah dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan seterusnya.
Mahfuz selar dakwaan 'plot besar' Sanusi, anggap cubaan alih perhatian
Mahfuz menyelar Sanusi yang didakwa cuba mengalih perhatian dengan menyatakan plot besar dirancang untuk memburukkan imejnya.
PRN: PH-BN mampu tawan Kedah jika berlaku peralihan 10 peratus undi - Mahfuz
PH Kedah yakin bahawa gabungan bersama BN negeri berkemampuan untuk menawan serta mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri itu dalam PRN akan datang.